PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjelang Data Indeks Harga Pengguna AS Esok

10/09/2024 08:17 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika peniaga menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan esok.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat kepada US$2,510.30 setiap auns troy daripada US$2,504.10 setiap auns troy pada Isnin.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$2,522.60 setiap auns troy berbanding US$2,516.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 27 lot berbanding lapan lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 71 kontrak daripada 53 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$2,499.70 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 9 September.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan