PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

10/09/2024 08:16 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki pergerakan asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat 6.0 mata kepada 1,643.0, Oktober 2024 naik 6.5 mata kepada 1,646.0, Disember 2024 melonjak 7.5 mata kepada 1,651.0 manakala Mac 2025 menokok 5.0 mata kepada 1,636.

Jumlah dagangan susut kepada 6,394 lot daripada 10,985 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 52,312 kontrak daripada 56,342 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 8.86 mata atau 0.54 peratus kepada 1,660.35 daripada paras penutup 1,651.49 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan