PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

11/09/2024 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjejaki pergerakan asas pasaran tunai. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 dan Disember 2024, masing-masing merosot 12.0 mata kepada 1,631.0 dan 1,639.0, Oktober 2024 berkurang 10.0 mata kepada 1,636.0 manakala Mac 2025 susut 10.5 mata kepada 1,626.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8,330 lot daripada 6,394 lot semalam manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 54,133 kontrak daripada 52,312 kontrak sebelum ini.

 Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 20.55 mata kepada 1,639.80 daripada paras penutup 1,660.35 pada Selasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan