PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

11/09/2024 08:27 PM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Kontrak September 2024 meningkat kepada US$2,531.70 setiap auns troy daripada US$2,510.30 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,544.00 setiap auns troy daripada US$2,522.60 setiap auns troy sebelum itu.

Jumlah dagangan menyusut kepada 14 lot daripada 27 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turun kepada 68 kontrak daripada 71 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,506.30 setiap auns troy, mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 September.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan