PASARAN > BERITA

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

12/09/2024 10:53 AM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan meningkat pada awal dagangan Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Setakat jam 9.26 pagi, kontrak semasa masing-masing September 2024 menokok 6.5 mata kepada 1,637.5, Oktober 2024 dan Disember 2024 naik 6.0 mata kepada 1,642.0 dan 1,645.0 manakala Mac 2025 meraih 5.5 mata kepada 1,632.0. 

Jumlah dagangan sebanyak 2,426 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 49,339 kontrak.

Selain itu, indeks petunjuk utama FBM KLCI meningkat 6.31 mata kepada 1,646.11 selepas 46 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA  

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan