PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah Berikutan Jualan Pada Saat Akhir

12/09/2024 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan jualan pada saat akhir dalam kadar asas pasaran tunai. 

Kontrak bulan semasa September 2024 merosot 0.5 mata kepada 1,630.5, Oktober 2024 susut 1.0 mata kepada 1,635.0, Disember 2024 naik 0.5 mata kepada 1,639.5 manakala Mac 2025 berkurangan 2.0 mata kepada 1,624.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,945 lot daripada 8,330 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 54,227 kontrak daripada 54,133 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.49 mata atau 0.09 peratus kepada 1,638.31 daripada 1,639.80 semalam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan