PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

12/09/2024 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas pengumuman data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) semalam.

Kontrak September 2024 susut kepada US$2,523.10 setiap auns troy berbanding US$2,531.70 yang disaksikan pada hari Rabu.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup lebih rendah pada US$2,535.40 setiap troy auns daripada US$2,544.00.  

Jumlah dagangan meningkat kepada 22 lot berbanding 14 lot sebelum ini, manakala kepentingan terbuka bertambah baik kepada 82 kontrak daripada 68 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,507.75 setiap auns troy, menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 11 September.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan