PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

12/09/2024 09:27 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis, menjejaki penurunan harga minyak soya, kata seorang peniaga. 

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak mentah yang rendah juga mempengaruhi sentimen pasaran.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,790 dan paras rintangan pada RM3,950," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 melonjak RM53 kepada RM4,020 satu tan manakala Oktober 2024 turun RM28 kepada RM3,935, dan November 2024 susut RM49 kepada RM3,852.

Kontrak Disember 2024 dan Januari 2025 masing-masing merosot RM47 kepada RM3,810 dan RM3,857 satu tan manakala Februari 2025 turun RM46 kepada RM3,776.

Jumlah dagangan naik kepada 83,404 lot daripada 82,367 pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 247,627 kontrak daripada 242,259 sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan susut RM10 kepada RM4,030 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan