PASARAN > BERITA

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

17/09/2024 10:36 AM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.17 peratus atau 2.80 mata kepada 1,654.95 daripada 1,652.15 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.16 mata kepada 1,654.31. 

Bursa tempatan ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 196 berbanding 96, dengan 225 kaunter tidak berubah, 1,988 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 147.54 juta saham bernilai RM126.84 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran dijangka menyaksikan lebih banyak aliran masuk dana asing ke Asia, dengan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS minggu ini.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,650 hingga 1,660 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

IHH Healthcare mendahului kaunter saham wajaran tinggi apabila naik 17 sen kepada RM6.95, diikuti CIMB menambah sembilan sen kepada RM8.25. YTL Corp meningkat empat sen kepada RM2.59, Press Metal menokok lima sen kepada RM4.83 dan MISC naik lapan sen kepada RM8.12.

Maybank meningkat dua sen kepada RM10.66, TNB dan Hong Leong Bank, masing-masing kekal tidak berubah pada RM14.78 dan RM21.20 manakala Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.67.

Dalam kalangan kaunter aktif, Top Glove melonjak 22 sen kepada RM1.14, Careplus naik lima sen kepada 31 sen, Supermax meningkat 15.5 sen kepada 94.5 sen, LKL International menambah satu sen kepada 12 sen dan Hartalega menokok 71 sen kepada RM3.13.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 69.84 mata kepada 12,372.15, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 112.98 mata kepada 12,228.79 dan Indeks FBMT 100 menambah 70.80 mata kepada 12,087.10. 

Indeks FBM 70 naik 290.76 mata kepada 17,572.64 dan Indeks FBM ACE menambah 8.55 mata kepada 5,092.79. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 12.42 mata kepada 19,538.68, Indeks Perladangan berkurangan 20.73 mata kepada 7,160.0, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.69 mata kepada 175.84 dan Indeks Tenaga meningkat 2.82 mata kepada 865.63. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan