PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Tunai

17/09/2024 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 dan Oktober 2024 meningkat 14.5 mata masing-masing kepada 1,662.0 dan 1,664.5, Disember 2024 melonjak 16.0 mata kepada 1,670.0, manakala Mac 2025 berkembang 15.5 mata kepada 1,656.5. 

Jumlah dagangan bertambah kepada 8,651 lot daripada 7,082 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 51,615 kontrak daripada 52,194 kontrak sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 12.13 mata atau 0.73 peratus kepada 1,664.28 daripada paras penutup 1,652.15 pada Jumaat. 

Bursa tempatan ditutup pada Isnin bersempena cuti umum Maulidur Rasul 1446H/2024 dan Hari Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan