PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

18/09/2024 01:55 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini kerana kebanyakan peniaga memilih untuk kekal di luar pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.59 mata kepada 1,657.69 daripada 1,664.28 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran naik 0.05 mata kepada 1,664.33 dan bergerak antara 1,655.08 dan 1,664.78 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 523 berbanding 326, dengan 422 kaunter tidak berubah, 1,234 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.41 bilion unit bernilai RM1.46 bilion.

Hong Leong Investment Bank berkata menjelang mesyuarat dasar bank pusat utama minggu ini, FBM KLCI dijangka didagang dalam jajaran kecil disebabkan kekurangan pemangkin.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Hong Leong Bank masing-masing naik dua sen kepada RM10.68 dan RM21.22, IHH Healthcare melonjak lima sen kepada RM7.10 bagaimanapun Public Bank merosot satu sen kepada RM4.69, CIMB jatuh tiga sen kepada RM8.33 dan TNB berkurangan enam sen kepada RM14.76. 

Bagi kaunter aktif, MyEG naik dua sen kepada 95 sen, Cape EMS melonjak satu sen kepada 36 sen, Tanco meningkat dua sen kepada RM1.20, Jentayu Sustainables menokok 3.5 sen kepada 75.5 sen manakala OCR tidak berubah pada enam sen.

Bagi kaunter sarung tangan, Top Glove dan Hartalega masing-masing susut 10 sen kepada RM1.04 dan RM3.04, Supermax turun sen kepada 90 sen, Kossan merosot 17 sen kepada RM2.08 manakala Careplus menguncup dua sen kepada 28.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 49.85 mata kepada 12,372.02, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 53.67 mata kepada 12,220.27, Indeks FBMT 100 susut 52.16 mata kepada 12,085.33, Indeks FBM 70 jatuh 91.03 mata kepada 17,448.78 manakala Indeks FBM ACE jatuh 27.88 mata kepada 5,074.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 3.55 mata kepada 19,637.4, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.11 mata kepada 175.8, Indeks Tenaga berkurangan 9.51 mata kepada 860.21 dan Indeks Perladangan menguncup 62.05 mata kepada 7,151.8.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan