PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kenaikan Harga Minyak Mentah

04/10/2024 09:15 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kenaikan itu dipacu oleh jangkaan peningkatan pesanan eksport MSM yang kukuh dan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,180 dan paras rintangan pada RM4,350,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 melonjak RM133 kepada RM4,400 setiap tan, November 2024 meningkat RM123 kepada RM4,355 setiap tan manakala penanda aras Disember 2024 meningkat RM118 kepada RM4,300 setiap tan.

Kontrak Januari 2025 bertambah RM110 kepada RM4,243 setiap tan, Februari 2025 berkembang RM101 kepada RM4,185 setiap tan manakala kontrak Mac 2025 naik RM92 kepada RM4,128 setiap tan.

Jumlah dagangan sedikit menurun kepada 99,167 lot daripada 99,355 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 251,725 kontrak daripada 258,051 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan meningkat RM120 kepada RM4,420 setiap tan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan