PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

08/10/2024 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, mencerminkan kelemahan pasaran emas global menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 berkurang kepada US$2,649 setiap auns troy daripada US$2,663.30 setiap auns troy pada Isnin manakala November 2024 susut kepada US$2,670.8 setiap auns troy daripada US$2,684.70 sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,671.3 setiap auns troy daripada US$2,685.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menaik kepada 11 lot daripada tiga lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 20 kontrak daripada 19 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,640.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan