PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

08/10/2024 10:33 PM

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kesan penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata, kenaikan harga baru-baru ini turut menarik peluang bagi aktiviti pengambilan untung.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,200 dan rintangan pada RM4,340," kata Ng kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM didagangkan lebih rendah hari ini disebabkan pengambilan untung susulan trend sama yang diperhatikan dalam minyak mentah dan niaga hadapan minyak kacang soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

“Harga minyak sawit kekal tidak berubah hari ini selepas diniagakan tinggi sejak beberapa hari lalu dan menjadi minyak paling premium berbanding minyak kacang soya dan minyak bunga matahari.

“"Harga komoditi itu juga menjadi lebih rendah menjelang pengumuman data oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia akhir minggu ini," katanya.

Pada penutup dagangan, bulan semerta Oktober 2024 turun RM51 kepada RM4,349 setan metrik, November 2024 susut RM73 kepada RM4,316 satu tan metrik, Disember 2024 berkurangan RM72 kepada RM4,271 setan metrik, Januari 2025 merosot RM68 kepada RM4,226, Februari 2025 jatuh RM55 to RM4,183 dan Mac 2025 susut RM39 kepada RM4,139 satu tan metrik.

Jumlah dagangan naik kepada 111,187 lot daripada 60.148 lot pada semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 250,764 kontrak daripada 249,585 sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan turun RM30 kepada RM4,400 setan metrik.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan