PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung

14/10/2024 10:35 PM

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa memberitahu Bernama, ringgit yang lebih lemah menyebabkan niaga hadapan MSM dalam aktiviti pengambilan untung pada akhir sesi dagangan.

Peniaga minyak sawit David Ng pula berkata MSM tidak meneruskan peningkatan sebelumnya berikutan harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih lemah telah menjejaskan sentimen hari ini.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,280 satu tan dan rintangan pada RM4,400 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan hari ini, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat RM87 kepada RM4,370 satu tan manakala November 2024 rendah RM41 kepada RM4,344 dan Disember 2024 berkurangan RM32 kepada RM4,283.

Sementara itu, kontrak Januari 2025 dan Februari 2025 masing-masing susut RM30 kepada RM4,248 dan RM4,210.

Jumlah dagangan merosot kepada 93,051 lot daripada 99,963 pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 251,084 kontrak daripada 252,079 sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Selatan Oktober merosot RM30 kepada RM4,450 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan