PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP KEBANYAKANNYA TINGGI

12/12/2024 07:48 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta Disember 2024 dan Januari 2025 masing-masing menokok 0.50 mata kepada 1,600.0 dan 1,604.5, Mac 2025 meningkat 1.5 mata kepada 1,589.5 manakala Jun 2025 merosot 0.50 mata kepada 1,594.0.

Jumlah dagangan merosot kepada 4,471 lot daripada 5,772 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 38,271 kontrak daripada 38,179 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI rendah 1.12 mata atau 0.07 peratus kepada 1,602.08 daripada 1,603.20 ketika ditutup semalam. 

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan