KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Katanya niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi kedua berturut-turut pada Jumaat, terjejas berikutan kebimbangan mengenai permintaan bermusim yang rendah.
"Musim sejuk secara tradisinya adalah di luar musim permintaan bagi industri tayar kenderaan dan keseluruhan kadar operasi bagi pengeluar tayar getah pada Disember dijangka menurun," katanya kepada Bernama.
Namun, peniaga berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pada 5 petang, ringgit menyusut kepada 4.4520/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4395 semalam.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 14.5 sen kepada 889.00 sekilogram manakala lateks pukal menaik 3.0 sen kepada 706.50 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 898.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 712.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial