Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini sejajar dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, didorong oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan daripada negara-negara pengeluar utama, kata peniaga.
Beliau berkata ketidaktentuan perdagangan global memberi impak kepada harga getah walaupun kebimbangan dari aspek bekalan mengehadkan penurunan manakala kawasan pengeluar getah asli di China memasuki musim pengeluaran rendah, yang terus mengehadkan bekalan.
“Niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi keempat berturut-turut hari ini, didorong oleh yen yang lebih kukuh selain ketegangan perdagangan yang meningkat disebabkan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan AS-China dan ketidakpastian mengenai tarif AS.
Sehingga 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 tidak berubah pada 910.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 5.5 sen kepada 709.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial