PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

13/03/2025 08:59 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap perang perdagangan, menjelang  penguatkuasaan tarif Amerika Syarikat pada awal April, kata seorang penganalisis. 

Rakan Pengurusan SPI Aset Management, Stephen Innes berkata apabila pasaran global berubah-ubah di tengah-tengah dinamik peralihan, emas terus mengukuh, menawarkan jaminan dalam landskap yang semakin tidak stabil.

"Logam itu terus membuktikan nilainya sebagai lindung nilai yang boleh dipercayai, menarik pembeli tanpa mengira sama ada tumpuannya adalah mengenai peningkatan ketegangan perdagangan, risiko inflasi, kebimbangi stagflasi atau potensi kemelesetan.

"Dengan ketidakpastian pada puncak, selain penggubal-penggubal dasar sedang menghadapi risiko ekonomi yang kompleks, pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat," katanya kepada Bernama.

Kontrak Mac 2025 melonjak kepada US$2,951.20 setiap auns troy daripada US$2,924.50 yang disaksikan semalam, manakala April 2025 meningkat kepada US$2,961.50 berbanding US$2,935.40.

Mei 2025, Jun 2025, dan Ogos 2025 semuanya naik kepada US$2,971.50 setiap auns troy daripada US$ 2,945.40 setiap auns troy pada Rabu.  

 Jumlah dagangan menokok kepada 281 lot daripada 187 lot, manakala kepentingan terbuka menyaksikan kenaikan kepada 351 kontrak berbanding 217 kontrak sebelum ini. 

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 12 Mac, emas fizikal ditetapkan berada pada US$2,924.80 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan