KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada sesi tengah hari, dipacu oleh aktiviti pembelian berterusan dalam kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya sektor pembinaan, produk dan perkhidmatan perindustrian, dan kaunter perkhidmatan kewangan.
Saham Gamuda menokok 15 sen kepada RM5.30, Sunway naik 13 sen kepada RM5.12 dan Public Bank meningkat 4.0 sen kepada RM4.29.
Keseluruhannya, ketiga-tiga kaunter ini menyumbang kenaikan sebanyak 4.23 mata kepada indeks komposit.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.63 mata atau 0.37 peratus kepada 1,526.57 berbanding paras penutup pada Khamis iaitu 1,520.94.
Indeks penanda aras itu dibuka 2.03 mata lebih tinggi pada 1,522.97 dan bergerak antara 1,522.97 hingga 1,529.52 sepanjang sesi pagi.
Pasaran secara menyeluruh kekal positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 365, manakala 466 kaunter tidak berubah, 1,114 kaunter tidak diniagakan dan lapan digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 2.04 bilion unit bernilai RM1.32 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd percaya keputusan suku tahunan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company Ltd yang lebih kukuh daripada jangkaan dijangka memberi kesan limpahan kepada pemain teknologi tempatan, khususnya dalam segmen elektrik dan elektronik serta perkhidmatan pembuatan elektronik, disokong oleh perkembangan terkini mengenai penyambungan semula penjualan cip ke China.
“Kami juga menjangkakan perkembangan berterusan berkaitan pusat data, bersama-sama dengan perbelanjaan modal (capex) Tenaga Nasional bagi kerja-kerja penaiktarafan grid, akan merangsang minat terhadap Gamuda Bhd, MN Holdings Bhd, UUE Holdings Bhd dan Southern Cable Group Bhd.
“Amanah pelaburan hartanah (REIT) juga kekal menarik dengan hasil pulangan yang sederhana dan sifat perniagaan yang defensif,” katanya.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi lain, CIMB menambah 7.0 sen kepada RM6.57, Press Metal Aluminium meningkat 4.0 sen kepada RM5.11, MISC naik 6.0 sen kepada RM7.61, manakala Petronas Dagangan susut 36 sen kepada RM21.34 dan CelcomDigi turun 3.0 sen kepada RM3.84.
Bagi saham paling aktif, Enproserve Group yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE meningkat 4.0 sen kepada 28 sen; NexG, Zetrix AI dan Tanco masing-masing naik setengah sen kepada 49.5 sen, 94 sen dan 90.5 sen; manakala iCents menambah 4.0 sen kepada 38 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 57.01 mata kepada 11,482.18, Indeks FBMT 100 naik 57.07 mata kepada 11,245.44, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 58.63 mata kepada 11,532.60, Indeks FBM 70 melonjak 152.66 mata kepada 16,696.70, dan Indeks FBM ACE naik 14.44 mata kepada 4,650.42.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 79.11 mata kepada 17,381.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.27 mata kepada 155.26, Indeks Tenaga naik 0.40 mata kepada 739.51, dan Indeks Perladangan mengukuh 27.66 mata kepada 7,458.20.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial