KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada tengah hari ini dipacu oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, disokong sentimen yang kukuh dalam kebanyakan pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.98 mata kepada 1,713.79 daripada 1,705.81 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 8.08 mata kepada 1,713.89, dan naik turun antara 1,711.29 dan 1,717.66 semasa sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 502 berbanding 331 manakala 495 kaunter tidak berubah, 2,712 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan berjumlah 1.48 bilion saham bernilai RM1.53 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd yakin minat belian mungkin memberi kesan terhadap pasaran tempatan selepas perkembangan positif bagi meredakan ketegangan perdagangan susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membatalkan hasrat untuk menaikkan tarif ke atas beberapa negara Kesatuan Eropah.
“Nilai perolehan kontrak dalam tangan yang agak besar serta penilaian yang menarik dijangka menyokong minat dagangan yang berdaya tahan dalam kalangan pemain sektor pembinaan seperti Binastra, Mitrajaya dan Inta Bina.
“Selain itu, kejayaan Mitrajaya meraih projek mencerminkan bahawa projek dalam perancangan berada dalam rantaian nilai yang masih teguh .Oleh itu, kami menyifatkannya sebagai sesuatu yang positif kepada rantaian nilai hiliran yang lebih luas, khususnya pencawang serta utiliti bawah tanah dan atas tanah,” katanya menerusi nota hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 12 sen kepada RM11.22, Public Bank menambah enam sen kepada RM4.80, CIMB Group menokok lapan sen kepada RM8.30 dan IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM8.49, dan Nestle naik RM2.60 kepada RM118.20
Bagi saham paling aktif, SMRT Holdings meningkat 1.5 sen kepada 20.5 sen, Press Metal Aluminium Holdings naik dua sen kepada RM7.42, IJM Corp menokok 13 sen kepada RM2.62, dan Zetrix AI menambah setengah sen kepada 82 sen manakala Guan Huat Sen Holdings yang baru disenaraikan di Pasaran ACE susut dua sen kepada 23 sen.
Bagi kaunter paling untung, Malayan Cement meningkat 20 sen kepada RM7.77, Allianz Malaysia melonjak 60 sen kepada RM22.18, United Plantations menokok 36 sen kepada RM30.66 dan Scientex menambah 22 sen kepada RM3.85.
Antara kaunter paling rugi, Fraser & Neave Holdings susut 16 sen kepada RM36, Kelington Group susut 10 sen kepada RM5.37, Solarvest dan Petronas Gas susut lapan sen setiap satu kepada RM2.82 dan RM18.72 dan Mercury Industries susut 5.5 sen kepada 62 sen.
Di pasaran lebih luas, Indeks FBM Emas meningkat 56.94 mata kepada 12,621.88, Indeks FBM Top 100 naik 59.52 mata kepada 12,418.56, Indeks FBM Emas Shariah menambah 27.73 mata kepada 12,271.22, Indeks FBM Mid 70 menambah 91.66 mata kepada 17,544.27 dan Indeks FBM ACE meningkat 0.45 mata kepada 4,919.16.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 187.96 mata kepada 20,736.62, Indeks Tenaga meningkat 0.96 mata kepada 771.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.57 mata kepada 175.64, dan Indeks Perladangan menambah 53.07 mata kepada 8,351.20.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial