KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul 2.27 petang hari ini.
Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.
Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun, 2018 yang mencecah 3.9960/9990.
Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat itu pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.
Mereka berkata kemungkinan itu juga didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpuan AS dan akan terus melemahkan dolar AS.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial