KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menunjukkan pemulihan daripada penurunan semalam untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi.
Ia berlaku apabila sentimen pasaran bertambah baik di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, susulan ancaman terhadap kebebasan Rizab Persekutuan (Fed) AS.
Seorang peniaga berkata jongkong emas juga memperoleh momentum apabila pelonggaran risiko geopolitik meningkatkan permintaan untuk aset selamat.
Menurut laporan, pelabur sedang menunggu keputusan Presiden AS Donald Trump mengenai Pengerusi Rizab Persekutuan seterusnya yang bakal menggantikan Jerome Powell.
Keputusan itu boleh meningkatkan jangkaan mengenai penurunan kadar faedah selanjutnya tahun ini, yang mungkin menyokong harga logam berharga.
Pada penutup, kontrak semerta bulan Januari 2026 meningkat kepada US$4,914.80 setiap auns troy daripada US$4,835.90 setiap auns troy pada Khamis, Februari 2026 mengukuh kepada US$4,928.00 setiap auns troy daripada US$4,851.50 setiap auns troy semalam, dan Mac 2026 menokok kepada US$4,945.90 setiap auns troy daripada US$4,870 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga lebih tinggi, ditutup pada US$4,963.70 setiap auns troy berbanding US$4,887.80 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan melonjak kepada 479 lot daripada 285 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 567 kontrak daripada 352 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$4,825.55 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 22 Jan, 2026.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial