PASARAN > BERITA

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Baharu Pada 3.9665 Berbanding Dolar AS

26/01/2026 03:38 PM

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei, 2018. 

Awal hari ini, ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu mempunyai potensi untuk terus meningkat, dengan menyatakan purata kadar pertukaran ringgit dan dolar AS dari tempoh 21 Julai 2005 hingga hari ini adalah kira-kira 3.82 berbanding dolar AS.

"Ini disokong oleh tinjauan positif terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini," katanya.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan