Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, namun berjaya pulih daripada paras terendah harian, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung khususnya dalam saham perkhidmatan kewangan.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.87 mata atau 0.39 peratus kepada 1,740.94 berbanding paras penutupan 1,747.81 pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.62 mata lebih tinggi pada 1,749.43 dan bergerak antara 1,726.92 hingga 1,749.43 sepanjang sesi dagangan.
Dalam pasaran menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 746 berbanding 367, manakala 520 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,136 kaunter tidak diniagakan dan 165 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.98 bilion unit bernilai RM4.07 bilion berbanding 2.52 bilion unit bernilai RM2.93 bilion pada Rabu.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng melihat penurunan terkini itu sebagai peluang untuk aktiviti pembelian pada harga rendah susulan penilaian yang lebih menarik pada paras semasa.
“Dengan indeks penanda aras tidak banyak berubah pada paras 1,740 mata dan kekal kukuh di atas julat 1,730–1,740 mata akan meneruskan kecenderungan menaik dan menyokong peningkatan selanjutnya,” katanya kepada Bernama.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata penurunan pasaran terus didorong oleh saham wajaran tinggi sektor perkhidmatan kewangan apabila pelabur institusi mengambil untung selepas pengumuman keputusan kewangan.
“Memandangkan saham perbankan menyumbang kira-kira 44 peratus daripada keseluruhan wajaran indeks merentasi enam kaunter, penstrukturan semula pegangan dalam sektor itu memberi tekanan ketara terhadap prestasi keseluruhan indeks,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot 36 sen kepada RM12, Public Bank naik lima sen kepada RM5, CIMB Group susut satu sen kepada RM8.46, Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.18, dan IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM9.02.
Kaunter paling aktif, Aquawalk susut 7.5 sen kepada 28.5 sen, Zetrix AI turun setengah sen kepada 80 sen, Tanco tidak berubah pada RM1.53, Nationgate merosot 11.5 sen kepada 89.5 sen, dan Capital A turun 1.5 sen kepada 59 sen.
Antara kaunter untung utama, Sunway Construction melonjak 35 sen kepada RM7.25, Petronas Dagangan meningkat 32 sen kepada RM22.28, Nestle naik 30 sen kepada RM110.80, Allianz Malaysia menambah 22 sen kepada RM22.30 dan Malaysian Pacific Industries meningkat 14 sen kepada RM32.14.
Kaunter paling rugi, antaranya Dutch Lady, turun 88 sen kepada RM32.20, Telekom Malaysia susut 29 sen kepada RM7.46, Amway merosot 26 sen kepada RM5.11, Hong Leong Bank turun 20 sen kepada RM23.84, dan Fraser & Neave berkurangan 18 sen kepada RM33.50.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 55.00 mata kepada 12,768.60, Indeks FBMT 100 turun 49.86 mata kepada 12,594.31, Indeks FBM Emas Shariah merosot 33.06 mata kepada 12,311.71, Indeks FBM 70 susut 70.83 mata kepada 17,698.25 dan Indeks FBM ACE turun 37.40 mata kepada 4,764.55.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 164.79 mata kepada 21,466.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata kepada 175.34, Indeks Tenaga turun 10.27 mata kepada 759.46, dan Indeks Perladangan susut 35.14 mata kepada 8,351.55.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.82 bilion unit bernilai RM3.82 bilion berbanding 1.44 bilion unit bernilai RM2.67 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran naik kepada 707.30 juta unit bernilai RM87.39 juta daripada 628.70 juta unit bernilai RM75.10 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 459.82 juta unit bernilai RM163.60 juta berbanding 446.38 juta unit bernilai RM179.65 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 328.00 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (309.17 juta), pembinaan (150.06 juta), teknologi (269.36 juta), perkhidmatan kewangan (190.53 juta), hartanah (163.45 juta), perladangan (37.72 juta), amanah pelaburan hartanah (25.33 juta) dana tertutup (12,900) penjagaan kesihatan (79.11 juta), telekomunikasi dan media (100.53 juta), pengangkutan dan logistik (39.03 juta), utiliti (37.53 juta) serta amanah perniagaan (500,100).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial