PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Lonjakan Minyak Mentah Susulan Konflik AS-Iran

05/03/2026 09:53 PM

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong pengukuhan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, kata seorang peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh memberi sokongan kepada harga minyak sawit.

"Kami mengesan paras sokongan MSM melebihi RM4,150 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata kenaikan harga minyak sawit turut dipacu oleh harga minyak mentah dan minyak soya yang lebih tinggi.

“Keyakinan terhadap penyusutan stok minyak sawit Malaysia setakat akhir Februari juga menyokong peningkatan harga minyak sawit,” katanya.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2026 dan April 2026 masing-masing meningkat RM25 kepada RM4,096 dan RM4,180 satu tan. Kontrak Mei 2026 naik RM28 kepada RM4,207 satu tan.

Kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 masing-masing menambah RM29 kepada RM4,218 dan RM4,217 satu tan, manakala kontrak Ogos 2026 meningkat RM28 kepada RM4,208 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 127,102 lot berbanding 76,192 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 218,820 kontrak daripada 221,298 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi Mac Selatan naik RM20 kepada RM4,120 satu tan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan