PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

13/04/2026 10:08 AM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada Isnin. 

Pada 9.24 pagi, kontrak April 2026 menurun 7.5 mata kepada 1,678.0, Mei 2026 dan Jun 2026, masing-masing merosot 7.0 mata kepada 1,679.50 dan 1,680.0 manakala September 2026 berkurangan 3.5 mata kepada 1,662.0. 

Jumlah dagangan sebanyak 1,709 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,442 kontrak.

Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI menurun 14.27 mata kepada 1,677.24 daripada 1,691.31 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan