BERITA COVID–19   COVID-19: Guru, wanita hamil kes indeks kluster baharu di Sabah | Terbuka Singapura: Kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Tokyo dibatalkan | PKP perlu dilaksana meskipun tidak popular - Muhyiddin | Malaysia berdepan gelombang ketiga lebih mencabar - PM Muhyiddin | COVID: Malaysia catat kematian tertinggi 39 kes hari ini - KP Kesihatan | 
POLITIK

Tey Kok Kiew kekal pengerusi DAP Melaka

18/04/2021 06:01 PM

MELAKA, 18 April  -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir Tey Kok Kiew kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021-2024.

Perkara tersebut diumumkan Speaker Konvensyen DAP Melaka kali ke-20 Leong Yu Man di sini hari ini.

Sementara itu, ADUN Gadek G. Saminathan kekal sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melaka manakala Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mempertahankan jawatan sebagai Naib Pengerusi.

Jawatan Setiausaha negeri pula disandang Damien Yeo Shen Li manakala Setiausaha Organisasi diwakili Wong Kim Yong.

Kesemua 15 calon bagi jawatan yang dipertandingkan menang tanpa bertanding pada konvensyen tersebut yang dirasmikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Seramai 294 daripada 554 perwakilan hadir menunaikan tanggungjawab mereka pada konvensyen berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan