POLITIK > BERITA

Pemimpin UMNO perlu fokus perjuangan dasar, polisi manfaatkan rakyat - Tengku Zafrul

27/07/2024 06:28 PM

GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) -- Pemimpin UMNO perlu lebih fokus kepada perjuangan dasar dan polisi yang membawa manfaat kepada rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi parti itu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata sebagai pemimpin, mereka juga perlu berusaha melakukan perubahan termasuk melontarkan idea baharu yang sekali gus dapat membantu UMNO untuk terus kekal relevan.

“Semua pemimpin UMNO dari peringkat bahagian hingga ke nasional perlu memainkan peranan untuk menunjukkan parti Melayu ini masih relevan di mata rakyat,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Jeffri Salim.

Tengku Zafrul berkata adalah menjadi tanggungjawab ahli parti untuk menasihati pemimpin memandangkan rakyat sedang menilai UMNO.

Beliau turut menasihati ahli agar terus istiqamah dalam usaha untuk memperkuat kembali UMNO dan membina semula kepercayaan rakyat kepada parti itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan