POLITIK > BERITA

Kekosongan Kerusi DUN Mahkota Dimaklum Kepada SPR - Speaker DUN Johor

04/08/2024 01:17 PM

JOHOR BAHRU, 4 Ogos (Bernama) -- Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, kata Speaker DUN Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pemakluman kekosongan kerusi itu dibuat pihaknya melalui hantaran faks.

“Justeru, pihak Dewan Negeri Johor menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada Jumaat lepas.

Bekas Ketua Wanita UMNO Johor itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HEBHK pada Rabu lalu berikutan mengalami sesak nafas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan