POLITIK > BERITA

Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai Pertama Di Peringkat Parlimen Usaha Erat Hubungan Parti

10/08/2024 08:57 PM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai yang pertama di peringkat Parlimen adalah antara usaha untuk mengeratkan hubungan parti komponen dalam kerajaan. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata konvensyen itu juga bertujuan mengukuhkan kerjasama antara semua pihak yang terbabit.

"Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai ini adalah yang pertama di peringkat Parlimen di Wilayah Persekutuan dan mungkin juga di seluruh negara.

"Kita usahakan atas kesedaran perlu untuk mewujudkan perhubungan lebih baik dan erat dalam kalangan ahli-ahli parti komponen Kerajaan Perpaduan.

"Ia adalah hasil setelah sejumlah aktiviti interaksi perbincangan mesyuarat yang telah diadakan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di peringkat Lembah Pantai selama lebih setahun, jadi memang ini saya rasa satu permulaan yang baik dan kita harap akan dapat menjana satu semangat perpaduan yang utuh," katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas konvensyen itu yang dihadiri kira-kira 250 orang terdiri daripada ahli parti komponen Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Beliau berkata konvensyen itu penting bagi memastikan semua parti terus bersatu padu dalam usaha mencapai matlamat bersama dan mengatasi cabaran politik semasa selain memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat.

Turut hadir Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz dan Naib Ketua Amanah Wilayah Persekutuan Datuk Dr Ramli Tahir.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak berkata beliau mahu Kerajaan Perpaduan di semua negeri turut mengadakan konvensyen bagi memperkukuh kestabilan gabungan politik itu.

  -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan