POLITIK > BERITA

PRK DUN Mahkota: Wakil Kerajaan Perpaduan Daripada BN - Ahmad Zahid

13/08/2024 02:51 PM

KUALA LUMPUR, 13 (Bernama) -- Calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata seperti kelaziman, parti yang menyandang kerusi DUN atau Parlimen terlibat akan ditandingi semula oleh parti berkenaan.

Ahmad Zahid berkata perincian lanjut akan dibincangkan dalam Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO dan seterusnya keputusan itu dibawa ke Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

“Kita tahu DUN Mahkota di kawasan agak berpotensi untuk kita (BN) terus menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Lazimnya persefahaman yang menjadi formula kepada Kerajaan Perpaduan ialah kerusi yang diwakili mana-mana parti harus ditandingi semula oleh parti tersebut,” katanya dalam sidang media, hari ini.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan