POLITIK > BERITA

Pusat Penamaan Calon PRK Mahkota Ditutup

14/09/2024 10:31 AM

KLUANG, 14 Sept (Bernama) -- Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ditutup 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula 9 pagi tadi. 

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini. 

Terdahulu, penyokong calon yang berhasrat bertanding pada PRK itu mula berkumpul di sekitar dewan seawal 6.45 pagi walaupun pusat penamaan calon dibuka bermula 9 pagi. 

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63,  ketika menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas. 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala pengundian awal pada 24 Sept ini. 

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini, hingga 11.59 malam  27 Sept ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan