POLITIK > BERITA

MIC Lakukan Lantikan Penting, Ramasamy Kini Naib Presiden Yang Baharu

08/10/2024 07:26 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.

Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata jawatan Bendahari Agung MIC kini digantikan dengan Datuk N. Sivakumar yang juga memegang jawatan Ketua Bahagian MIC Segambut.

"Semua individu yang dilantik ini akan memainkan peranan penting dalam pemerkasaan parti, berkuat kuasa semalam hingga pemilihan parti akan datang yang dijangka pada 2027," katanya.

Beliau turut mengesahkan beberapa pelantikan lain termasuk Ketua Penerangan yang kini disandang Datuk AK Ramalinggam, Pengerusi Bangunan MIC Datuk N. Rawisandran, Setiausaha Organisasi Datuk N. Muneandy dan Setiausaha Eksekutif Datuk Dr AT Kumararajah.

Selain itu, bekas Ketua Penerangan MIC Datuk R. Thinalan diberi peranan baharu sebagai Pegawai Strategi Nasional manakala Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) L. Siva Subramaniam dilantik Pengerusi Biro Media Kebangsaan.

Pada awal Ogos lepas, Vigneswaran telah membuat lantikan baharu bagi jawatan Setiausaha Agung MIC yang kini dipegang oleh Datuk Dr S. Ananthan yang merupakan pengerusi MIC Kedah.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan