SHAH ALAM, 29 Nov (Bernama) -- Armada Bersatu hari ini mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini.
Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham berkata pelantikan ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai Armada itu adalah selaras Perkara 6 Peraturan Armada Bersatu Malaysia.
“Pelantikan tersebut dimulakan dengan jawatan Penolong Setiausaha yang diberikan kepada Mohd Fahim Mohd Farid dari Wilayah Persekutuan, Penolong Bendahari Nor Zahid Rahim (Sabah) dan Ketua Penerangan Harris Idaham Rashid (Pulau Pinang)," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lantikan lima Ahli Jawatankuasa Armada diberikan kepada Naim Brundage dari Melaka, Ad Adib Shaharuddin (Wilayah Persekutuan), Raihan Husni (Negeri Sembilan), Muhammad Afiq Hassan (Kelantan) dan Mohammad Shakir Ariff Shaifuddin (Selangor) manakala bagi ex-officio diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dari Kedah Amar Pared Mahamud, ADUN Seberang Jaya Izhar Shah Arif Shah (Pulau Pinang) dan ADUN Chenderoh Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin (Perak).
Selain itu, beliau berkata Azizan Abdul Aziz dari Pahang dilantik sebagai Biro Felda; Biro Guaman dan Undang-Undang diberikan kepada Zolazrai Zolkapli (Negeri Sembilan) manakala Biro Sukan dan Pop Culture Muhammad Syamel Md Riduan (Kedah).
Pada 29 Okt lepas, Muhammad Hilman yang juga ADUN Gombak Setia secara rasmi dipilih sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial