POLITIK > BERITA

Bersatu Indera Mahkota Kesal Pemecatan Saifuddin Tanpa Perbicaraan Adil

10/01/2026 11:31 AM

KUANTAN, 10 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Bersatu Bahagian Indera Mahkota melahirkan rasa kesal terhadap keputusan Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memutuskan pemecatan Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah tanpa melalui perbicaraan yang adil.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua merangkap Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota Mat Zahid Abu Hassan berharap Lembaga Rayuan Bersatu dapat mempertimbangkan rayuan yang bakal dikemukakan Saifuddin secara adil, telus dan berhemah demi keutuhan parti.

Beliau berkata pendirian itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian berkenaan yang diadakan semalam.

“(Jawatankuasa ini) menyatakan solidariti  bersama Datuk Saifuddin Abdullah dan menyatakan sokongan berterusan kepada kepimpinan beliau,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa lepas, Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid dilaporkan berkata Bersatu telah memecat Saifuddin, berkuat kuasa pada 6 Jan. 

Harris Idaham dilaporkan berkata Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan