KOTA KINABALU, 24 Mei (Bernama) -- PKR Cabang Semporna dan Tuaran akan terus mendukung agenda reformasi biarpun ketua cabang masing-masing telah mengumumkan peletakan jawatan, kata Ketua Penerangan PKR Sabah Ahmad Farid Sainuri.
Beliau berkata kedua-dua cabang berkenaan yang kini dipangku secara rasmi oleh timbalan ketua cabang masing-masing, terus memperjuangkan hak rakyat Sabah, khususnya berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan reformasi institusi.
"Di bawah Kerajaan MADANI, reformasi MA63 mencatat kemajuan terbaik apabila 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan, dengan sembilan daripadanya dicapai dalam tempoh pentadbiran hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Farid berkata komitmen kerajaan juga terbukti menerusi peningkatan geran khas interim Sabah kepada RM600 juta, selain rundingan berhubung tuntutan 40 peratus hak Sabah yang kini giat digerakkan pada peringkat Kerajaan dengan Kerajaan (G2G).
Dalam pada itu, beliau menyifatkan proses keluar masuk dalam politik adalah sebahagian daripada amalan demokrasi matang.
Ketua Cabang PKR Semporna Mohd Amin Abdul Mem yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, dan Ketua Cabang PKR Tuaran Mohammad Razeef Rakimi baru-baru ini mengumumkan meletak semua jawatan dan keluar parti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial