KUSKOP SASAR RM30 JUTA POTENSI PELABURAN SEMPENA MISI KHAS PERNIAGAAN FRANCAIS MALAYSIA DI JAKARTA, INDONESIA

11/06/2024 11:40 AM

PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM30 juta sempena Misi Khas Perniagaan Francais Malaysia di Jakarta, Indonesia. Misi ini merupakan kolaborasi KUSKOP bersama Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta, Indonesia melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang berlangsung pada 9 hingga 12 Jun di Hotel St. Regis, Jakarta, Indonesia.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Delegasi KUSKOP iaitu Puan Noor Afifah Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), KUSKOP pada 10 Jun 2024.  Misi perdagangan ini turut disertai wakil daripada Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan 11 syarikat francais Malaysia yang mempamerkan produk dan perkhidmatan iaitu Marrybrown, Mokti’s, Tea Garden, D’Tandoor, HOME Maths Therapy, IrisPro, Little Caliphs, Muzart, Smart Reader Kids, UCMAS dan FatNinjas.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan