TALENTCORP UMUM PENGERUSI DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH BAHARU

12/06/2024 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sebagai agensi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang menggalas mandat untuk memacu agenda bakat Malaysia, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah baharu.

Barisan ahli Lembaga Pengarah baharu TalentCorp akan diketuai oleh YB Wong Shu Qi yang dilantik sebagai Pengerusi. YB Wong Shu Qi merupakan seorang Ahli Parlimen Kluang serta ahli lembaga pengarah Research for Social Advancement (REFSA). Beliau merupakan lulusan ijazah berganda dalam Kewartawanan dan Sains Politik dari Universiti Chengchi Nasional di Taiwan, dan Sarjana dalam Pengurusan Awam dari Universiti Nasional Singapura.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan