DARULAMAN SANCTUARY: DESTINASI PELANCONGAN ALAM SEMULA JADI DAN RUANG ACARA TERBAHARU DI LANGKAWI

01/07/2024 04:40 PM

LANGKAWI, 1 Julai (Bernama) -- Darulaman Sanctuary bersedia untuk menjadi produk pelancongan terbaharu Langkawi, menyasarkan pelancong tempatan dan antarabangsa sebagai salah satu destinasi utama pulau ini. Dibuka secara rasmi kepada orang ramai hari ini, Darulaman Sanctuary menawarkan pengalaman unik untuk mengadakan pelbagai acara di tengah-tengah keindahan semula jadi Langkawi.

Terletak di Lubuk Semilang, kira-kira lima kilometer dari Gunung Raya, Darulaman Sanctuary adalah khazanah tersembunyi yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kemudahan moden. Lubuk Semilang, yang dikenali sebagai syurga bagi penggemar alam semula jadi, menawarkan kepada pengunjung untuk meneroka landskap subur, yang menempatkan lebih 100 jenis tumbuhan ubatan dan lebih 200 spesis burung. Penggemar hidupan liar juga dapat menyaksikan haiwan seperti monyet liar, burung enggang, dan pelbagai jenis serangga.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan