Ladang Ayam Moden Tingkat Produktiviti Industri Penternakan Pahang

29/07/2024 10:03 AM

TEMERLOH, 29 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti serta daya saing negara dalam pelbagai sektor termasuklah sektor penternakan. Dalam usaha memastikan sekuriti makanan khususnya di negeri Pahang terjamin, MPC dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pahang telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Produktiviti melalui Penternakan Ayam Moden Negeri Pahang yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi pengawal selia yang terlibat serta persatuan penternak.  

Menurut Pengarah MPC Pahang, Dr. Noor Aishah Haji Hassan, melalui ucapan aluannya menyatakan penganjuran program ini adalah menyelaras keperluan pengawalselia dan memastikan pihak pemain industri mematuhi peraturan dengan kaedah pemudahcaraan. Pemain industri perlu dibantu dalam proses pertukaran ladang ayam tradisional kepada ladang ayam moden ke arah mewujudkan persekitaran perladangan penternakan ayam yang kondusif. Ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN2.0) 2021-2030 bagi mewujudkan persekitaran pembangunan yang mampan.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan