OPKIM IPT @ Pahang 2024 Berjaya Lahirkan Impak Positif Di Komuniti Felda Seroja Jengka 18

29/07/2024 04:35 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Program Operasi Khidmat Masyarakat Institusi Pengajian Tinggi (OPKIM IPT) @ Pahang 2024, sebuah inisiatif kolaboratif antara Pejabat Menteri Besar Pahang, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Program yang berlangsung selama empat hari dari 18 hingga 21 Julai lalu, melibatkan penyertaan aktif mahasiswa dari UNIRAZAK dan UMPSA.

Dilaksanakan di Felda Seroja Jengka 18, Maran, program ini telah memberi penekanan kepada pembangunan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang menjurus kepada aspek keagamaan, pendidikan, komuniti, dan patriotisme. Pelajar-pelajar IPT telah berinteraksi secara langsung dengan pelajar sekolah rendah dan menengah serta komuniti setempat, mewujudkan hubungan yang erat dan memupuk semangat gotong-royong. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Majlis ini turut dimeriahkan dengan Majlis Malam Mahabbah Rasulullah SAW bersama Da’i Annas.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan