MCMC Perkenal Kerangka Kawal Selia Untuk Pemberi Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial

01/08/2024 04:48 PM

CYBERJAYA, 1 Ogos (Bernama) -- Kerangka kawal selia bagi perkhidmatan pesanan Internet (Internet messaging services) dan perkhidmatan media sosial (social media services) akan diwartakan pada hari ini dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025. Langkah ini diambil untuk memerangi peningkatan kes jenayah siber termasuk penipuan dan judi dalam talian, buli siber serta jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Menerusi penguatkuasaan kerangka ini, semua pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan pemberi perkhidmatan media sosial yang mempunyai sekurang- kurangnya lapan juta pengguna di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta  588).  Mana-mana  pemberi  perkhidmatan  yang  beroperasi tanpa lesen selepas tempoh tersebut adalah melakukan suatu kesalahan, dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan