SingleStore Melancarkan Program Pemecut AI Dot_Product

02/08/2024 03:08 PM

SAN FRANCISCO, 2 Ogos (Bernama) -- SingleStore, platform data masa nyata yang membantu pengguna melakukan transaksi, menganalisis dan mengkontekskan data masing-masing, pada hari ini mengumumkan bahawa pelancaran program pemecut baharu untuk syarikat permulaan AI di rantau Asia Pasifik. Program tersebut meneruskan visi SingleStore untuk bekerjasama dengan perniagaan di rantau ini bagi membangunkan aplikasi AI bertaraf dunia.

SingleStore komited untuk melaksanakan inovasi dan memajukan pembangunan AI di Asia dan di seluruh dunia. Secara khususnya, India dan Singapura bersedia menjadi hab inovasi teknologi, dengan pelaburan kerajaan dan swasta yang besar melimpah masuk ke dalam pembangunan AI. Matlamat SingleStore untuk program pemecut ialah untuk membantu komuniti syarikat permulaan membangunkan teknologi AI terkini melalui cara penggunaan data yang terbaik dan paling bertanggungjawab. Syarikat permulaan yang layak akan dapat memohon kredit SingleStore bagi membantu membina, mengembangkan dan menskalakan misi masing-masing.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan