Delegasi Fujian Melawat Jepun untuk Pertukaran Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaan

02/08/2024 05:07 PM

FUZHOU, China, 2 Ogos (Bernama) -- Dari 28 Julai hingga 31 Julai, Zhou Zuyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Fujian dan Pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Wilayah Fujian telah mengetuai satu delegasi ke Jepun. Bertindak di atas persetujuan yang dicapai di antara pemimpin negara China dan Jepun, delegasi itu meneruskan persahabatan tradisional, memperdalamkan lagi pertukaran perhubungan bandar raya berkembar, menggalakkan kerjasama dan pembangunan, dan membuat sumbangan baharu kepada penggalakan komprehensif bagi perhubungan strategik dan timbal balik di antara China dan Jepun.

Jepun telah bertindak sebagai rakan dagangan keenam terbesar bagi Fujian, pasaran eksport kelima terbesar dan sebuah sumber penting bagi pelaburan asing. Kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara kedua-dua pihak semakin rapat. Pada Persidangan Penggalakan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Fujian)-Jepun, Zhou Zuyi telah menyampaikan satu ucaptama, dan memperkenalkan kepada hadirin tentang keadaan asas di wilayah itu, ciri-ciri serantau, ciri-ciri perindustrian, kelebihan ekologi dan aspek lain bagi Wilayah Fujian. Zhou menyatakan ruang luas tersedia untuk kerjasama dua hala dalam rangka kerja Inisiatif Belt and Road dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau. Kedua-dua pihak harus berganding bahu untuk menggalakkan kelebihan pelengkap di dalam kerjasama perindustrian, menaik taraf perdagangan dua hala dan mengeratkan pertukaran rakyat dengan rakyat, untuk menggalakkan lebih banyak kerjasama teknikal dan modal di antara kedua-dua pihak dalam bidang yang berkaitan seperti maklumat elektronik, kenderaan tenaga baharu, pembuatan peralatan mewah dan perkhidmatan moden. Kedua-dua pihak akan mengukuhkan kerjasama dalam e-dagang rentas sempadan, penggudangan luar negara, dan perdagangan komoditi pukal, dalam satu matlamat untuk terus mengembangkan skala perdagangan, dan mencapai hubungan perindustrian dan kelebihan pelengkap.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan