Inisiatif Perang Terhadap Gula Atau 'War On Sugar'

02/08/2024 05:44 PM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat memandang serius tentang pengambilan gula yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang merupakan antara penyebab utama pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan terutamanya obesiti dan diabetes.

Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan peningkatan prevalen berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia iaitu dari 50.1% pada tahun 2019 kepada 54.5%. Walaupun prevalen diabetes dalam kalangan dewasa Malaysia pula menunjukkan sedikit penurunan iaitu 15.6% berbanding 18.3% pada tahun 2019, namun, Malaysia masih tersenarai antara negara dengan prevalen tertinggi di Asia Tenggara dengan nisbah 1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan