Program Perubatan Terperinci Kebangsaan (NPM) Singapura Mengambil Khidmat Oxford Nanopore Untuk Memajukan Pemahaman Genetik Populasi Berbilang Etnik Singapura

05/08/2024 04:35 PM

OXFORD, England, 5 Ogos (Bernama) -- Oxford Nanopore Technologies (Oxford Nanopore) telah mengumumkan projek penting dengan program Perubatan Terperinci Kebangsaan (NPM) Singapura, diterajui oleh Penyelidikan Kesihatan Terperinci, Singapura (PRECISE), menyasar untuk membangunkan katalog varian berstruktur yang menyeluruh mewakili tiga kumpulan etnik utama di Singapura terdiri daripada etnik Cina, etnik Melayu dan India. Variasi genetik ini telah menunjukkan kepentingan dalam membantu saintis dan penyelidik klinisian dalam memahami kepelbagaian dan penyakit genetik manusia. Inisiatif ini menegaskan komitmen Oxford Nanopore untuk memajukan hasil penyelidikan genetik dan penjagaan kesihatan pada skala global, terutamanya untuk populasi pelbagai etnik yang kebiasaannya kurang diwakili dalam pangkalan data genomik.

Bahagian projek Oxford Nanopore akan menumpukan kepada penjujukan 10,000 genom yang mewakili populasi pelbagai etnik Singapura, terdiri daripada komuniti Melayu, India dan Cina yang menyertai kohort populasi PRECISE-SG100K. Projek ini akan menggunakan kumpulan peranti penjujukan PromethION 48 keluaran tinggi Oxford Nanopore untuk menyampaikan data genomik yang terperinci dan menyeluruh bagi memajukan penyelidikan dan sokongan penjagaan kesihatan terperinci. Projek ini bermula dari pertengahan tahun 2024 dan akan berjalan sehingga 12 bulan.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan