Kolaborasi TDA Bersama KDN Dalam Persidangan Keselamatan Negara 2024

03/09/2024 05:30 PM

PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) -- Technology Depository Agency Berhad (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah menganjurkan Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 pada 2 September 2024 dengan tema “Keselamatan Negara Tidak Dikompromi.” Persidangan ini bertujuan mengenal pasti ancaman utama terhadap keselamatan dan ketenteraman di Malaysia berdasarkan data yang terkini, serta merangka pembangunan plan strategik bagi tahun 2026 sehingga 2030.

TDA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan negara menjadi keutamaan dengan memupuk kerjasama dan pemindahan pengetahuan mengenai keselamatan di Malaysia melalui Program Kolaborasi Industri. Inisiatif ini memanfaatkan kepakaran Kementerian Dalam Negeri, MINDEF, MKN dan agensi – agensi yang melibatkan keselamatan negara meliputi darat, laut dan udara dalam penganjuran persidangan dengan menekankan elemen-elemen kluster seperti Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Keselamatan Sempadan Negara, Keselamatan Siber, dan Keselamatan Sosial, di mana kehadiran terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi keselamatan dalam negara.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan