RHB Islamic Memperkasa Petani Asnaf Melalui Sumbangan Jentera Pertanian

06/09/2024 09:38 AM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic” atau “RHB”) terus menunjukkan komitmen dalam memperkasa komuniti petani asnaf di Kedah dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (“LZNK”). Melalui inisiatif ini, RHB Islamic telah menyalurkan Zakat Wakalah sebanyak RM341,000 untuk pembelian dua unit traktor pertanian serta sebuah jentera pengangkut (forklift) bagi menyokong Projek Pembangunan Ekonomi Ummah (“PPEU”) di Kedah. Selain itu, RHB Islamic turut menyerahkan pembayaran zakat korporat sebanyak RM650,000 kepada LZNK.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan RHB Islamic dalam menyokong inisiatif yang berpotensi meningkatkan taraf hidup masyarakat asnaf, khususnya dalam sektor pertanian. PPEU adalah salah satu inisiatif di bawah LZNK, selain daripada Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (“Smart SBBA”). PPEU bertujuan untuk memperkasakan golongan asnaf secara menyeluruh melalui pendekatan pembangunan ekonomi yang mampan, berlandaskan konsep ‘Dari Asnaf Kepada Asnaf’.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan