Persidangan ARCEO 2024 Diadakan di Indonesia: Mencapai Kelestarian melalui Inovasi Digital

09/09/2024 09:45 AM

Bandung, Indonesia, 9 Sept (Bernama) -- Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (Persidangan ARCEO) ke-44 telah diadakan dengan jayanya di Bandung, Indonesia, dari 2-5 September, 2024. Dengan bertemakan "Memacukan Kelestarian dengan Inovasi Digital," Persidangan ARCEO tahun ini memberi tumpuan kepada kelestarian dan pembangunan kereta api yang mesra alam yang disokong oleh transformasi digital di dalam aspek keselamatan dan perkhidmatan.

Mewakili Indonesia, PT Kereta Api Indonesia (Persero) (KAI) telah dilantik sebagai jawatankuasa penganjur untuk Persidangan ARCEO itu, yang dihadiri oleh tujuh lagi pengendali kereta api ASEAN termasuk Keretapi Tanah Melayu (Malaysia), Vietnam Railways (Vietnam), Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan (Kemboja), Lao National Railways (Laos), Philippine National Railways (Filipina), Myanma Railways (Myanmar) dan State Railway of Thailand (Thailand).

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan